Syarat Beli Tanah Lot

Beberapa perkara yang haruslah dipatuhi dalam pembelian tanah lot agar tidak berlakunya kerumitan dalam urusan jual beli. Antaranya adalah seperti berikut:

Kaum Melayu
Hanya untuk kaum bumiputera IC biru, kaum Melayu, dan tidak termasuk orang Sabah dan Sarawak. Syarat ini sudah termaktub dalam perkara 89 dan 90 perlembagaan persekutuan.

Mempunyai surat beranak
Pejabat tanah akan memeriksa surat beranak untuk segala butiran mengenai keturanan pembeli merupakan kaum melayu yang lahir di semenanjung Malaysia.

Bayaran Deposit
Pembayaran deposit RM 2000 hendaklah dibayar oleh pembeli kepada pejabat peguam sebagai stakeholder dan bukannya terus kepada tuan tanah / penjual.

Pembayaran Penuh
Haruslah di buat kepada pejabat peguam selepas 2 minggu setelah semua dokumen perjanjian jual beli disediakan untuk ditandatangani.

Bayaran Tunai
Transaksi hanya boleh diuruskan dengan tunai jika tanah pada status pertanian atau geran induk.

Pinjaman Bank
Boleh mendapat pinjamanan bank sekiranya pembelian pada tanah lot yang berstatus kediaman dan ada geran individu (tukar syarat lulus).


 

26 Jul 2024